Ahad, 10 Julai 2011

Sukantara SKSKI 2011

SUKANTARA 2011
Acara Balapan
Padang Awam Sungai Kechil Ilir

SK Sungai Kechil Ilir, Bandar Baharu Kedah telah mengadakan Sukantara 2011 pada petang Ahad, 26 Jun 2011. Acara tersebut dijalankan di Padang Awam Sungai Kechil Ilir. Murid-murid dan guru-guru perlu berjalan bersama-sama ke Padang Awam sejauh 1 km. Mereka perlu berkumpul terlebih dahulu di sekolah sebelum berjalan menuju ke sana. Walau pun jauh tetapi mereka bersemangat demi menyahut cabaran 1Murid 1Sukan yang diinginkan oleh kementerian.  

Murid bersedia untuk memanaskan badan
 Murid-murid terlebih dahulu melakukan aktiviti regangan sebelum memulakan acara pada petang itu. Aktiviti regangan amat penting sebelum melakukan sebarang aktiviti atau permainan.
Murid melakukan aktiviti regangan dengan penuh bersemangat

Murid-murid melakukan aktiviti memanaskan badan yang diketuai oleh guru. Murid-murid melakukan aktiviti tersebut dengan penuh semangat. Walau pun cuaca agak panas pada petang tersebut namun tidak melemahkan murid melakukan aktiviti regangan.


Aktiviti regangan dilakukan dengan penuh bersemangat dan seronok

Semua murid tidak kira murid lelaki dan perempuan melakukan aktiviti memanaskan badan ini. Mereka amat seronok dan gembira kerana dapat melakukan aktiviti senaman yang berfaedah dan dapat menyihatkan badan.


Murid-murid bersedia untuk melakukan larian 100m

Acara pertama pada hari tersebut ialah larian 100m. Murid-murid dibahagikan kepada dua kategori iaitu Kelas 3 dan Kelas 4. Kelas 3 terdiri daripada murid-murid tahun 3 dan 4. Manakala Kelas 4 untuk murid-murid tahun 5 dan 6. Setiap Kelas mempunyai masa atau had kelayakan tertentu. Semua murid yang melepasi masa atau had kelayakan dapat menyumbangankan mata kepada rumah sukan masing-masing. 



Murid-murid melakukan larian dengan penuh bersemangat untuk mendapatkan
mata bagi rumah sukan masing-masing.

Setiap murid yang mengambil bahagian berusaha bersungguh-sungguh untuk mengumpul mata kepada rumah sukan masing-masing dengan berlari melepasi had/masa kelayakan.

Murid-murid bersedia untuk melakukan larian 200m

Setelah selesai acara larian 100m, murid bersedia pula untuk berlari dalam acara 200m. Seperti biasa murid-murid memang bersemangat dengan berlari berasungguh-sungguh untuk melepasi masa/had kelayakan. Setelah selesai acara sukantara ini, rumah sukan yang mendapat mata yang tertinggi ialah Rumah Merah.
Tahniah ! Semoga pada tahun 2012 akan berjaya lagi.

Jumaat, 1 Julai 2011

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH

http://www.docstoc.com/docs/53368524/KSSR-Kurikulum-Standard-Sekolah-Rendah

KSSR perkara yang perlu diketahui oleh semua guru. Tidak semestinya hanya guru Tahap 1 sahaja yang perlu mengetahuinya. Namun setiap insan yang bergelar guru perlu mengetahui dan mendalami apa itu KSSR. Semua guru perlu mengetahui agar apabila di tanya soalan tentang KSSR dapat menjawabnya dengan yakin. KSSR yang bermula dengan murid Tahun 1 pada tahun ini. Manakala untuk murid tahun 2 pula akan diajar pada tahun hadapan.