Ahad, 10 Julai 2011

Sukantara SKSKI 2011

SUKANTARA 2011
Acara Balapan
Padang Awam Sungai Kechil Ilir

SK Sungai Kechil Ilir, Bandar Baharu Kedah telah mengadakan Sukantara 2011 pada petang Ahad, 26 Jun 2011. Acara tersebut dijalankan di Padang Awam Sungai Kechil Ilir. Murid-murid dan guru-guru perlu berjalan bersama-sama ke Padang Awam sejauh 1 km. Mereka perlu berkumpul terlebih dahulu di sekolah sebelum berjalan menuju ke sana. Walau pun jauh tetapi mereka bersemangat demi menyahut cabaran 1Murid 1Sukan yang diinginkan oleh kementerian.  

Murid bersedia untuk memanaskan badan
 Murid-murid terlebih dahulu melakukan aktiviti regangan sebelum memulakan acara pada petang itu. Aktiviti regangan amat penting sebelum melakukan sebarang aktiviti atau permainan.
Murid melakukan aktiviti regangan dengan penuh bersemangat

Murid-murid melakukan aktiviti memanaskan badan yang diketuai oleh guru. Murid-murid melakukan aktiviti tersebut dengan penuh semangat. Walau pun cuaca agak panas pada petang tersebut namun tidak melemahkan murid melakukan aktiviti regangan.


Aktiviti regangan dilakukan dengan penuh bersemangat dan seronok

Semua murid tidak kira murid lelaki dan perempuan melakukan aktiviti memanaskan badan ini. Mereka amat seronok dan gembira kerana dapat melakukan aktiviti senaman yang berfaedah dan dapat menyihatkan badan.


Murid-murid bersedia untuk melakukan larian 100m

Acara pertama pada hari tersebut ialah larian 100m. Murid-murid dibahagikan kepada dua kategori iaitu Kelas 3 dan Kelas 4. Kelas 3 terdiri daripada murid-murid tahun 3 dan 4. Manakala Kelas 4 untuk murid-murid tahun 5 dan 6. Setiap Kelas mempunyai masa atau had kelayakan tertentu. Semua murid yang melepasi masa atau had kelayakan dapat menyumbangankan mata kepada rumah sukan masing-masing. 



Murid-murid melakukan larian dengan penuh bersemangat untuk mendapatkan
mata bagi rumah sukan masing-masing.

Setiap murid yang mengambil bahagian berusaha bersungguh-sungguh untuk mengumpul mata kepada rumah sukan masing-masing dengan berlari melepasi had/masa kelayakan.

Murid-murid bersedia untuk melakukan larian 200m

Setelah selesai acara larian 100m, murid bersedia pula untuk berlari dalam acara 200m. Seperti biasa murid-murid memang bersemangat dengan berlari berasungguh-sungguh untuk melepasi masa/had kelayakan. Setelah selesai acara sukantara ini, rumah sukan yang mendapat mata yang tertinggi ialah Rumah Merah.
Tahniah ! Semoga pada tahun 2012 akan berjaya lagi.

15 ulasan:

  1. semangat betul murid-murid sekolah cikgu nak bersukan

    BalasPadam
  2. salam..bkn kata budak2 je smngt...cikgu pn lebih lagi..tkde acara guru ke

    BalasPadam
  3. bagusnya penyampaian gambar cikgu. Anak murid kita seronok kalau dapat bersukan di padang~

    BalasPadam
  4. semangat kesukanan tu...yang penting.

    BalasPadam
  5. bersemangat sungguh murid2 cgu... tingat masa zaman dok sekolah dulu...

    BalasPadam
  6. bila dh ada semangat bru bersungguh dlm segala hal...knn

    BalasPadam
  7. Banyak gambar menarik dan maklumat sepanjang aktiviti yang berjaya cikgu paparkan. Tahniah...

    BalasPadam
  8. Majulah sukan untuk semua...teruskan aktiviti yg lebih menarik...sekolah ni tak jauh dari tmpt kelahiran saya (sg.acheh, nibong tebal)....

    BalasPadam
  9. Yg paling penting penglibatan senua guru, barulah aktiviti lebih menarik....

    BalasPadam
  10. Bukan kerana kemudahan yg tak cukup, tapi semangat kesatuan untuk mengadakan sesuatu dengan bersungguh-sungguh akan menghasilkan kepuasan dan kejayaan.

    BalasPadam
  11. hehehe..meriah sungguh sahabat..teringat masa kat sekolah dulu...

    BalasPadam
  12. Senyum dan bersemangat .Hebat sungguh.

    BalasPadam
  13. bersemangat sungguh para pelajar.mereka dah tidak sabar menjalankan aktiviti.

    BalasPadam
  14. semangat kesukanan yang hebat. tahun depan diharap lebih hebat lagi.

    BalasPadam