Selasa, 15 November 2011

Aktiviti Korban SKSKI 2011


SKSKI mengadakan Aktiviti Korban sempena Hari Raya Korban. Aktiviti tersebut diadakan pada 9 November 2011.











SKSKI mengadakan Aktiviti Korban sempena Hari Raya Korban. Aktiviti tersebut diadakan pada 9 November 2011.

Ahad, 10 Julai 2011

Sukantara SKSKI 2011

SUKANTARA 2011
Acara Balapan
Padang Awam Sungai Kechil Ilir

SK Sungai Kechil Ilir, Bandar Baharu Kedah telah mengadakan Sukantara 2011 pada petang Ahad, 26 Jun 2011. Acara tersebut dijalankan di Padang Awam Sungai Kechil Ilir. Murid-murid dan guru-guru perlu berjalan bersama-sama ke Padang Awam sejauh 1 km. Mereka perlu berkumpul terlebih dahulu di sekolah sebelum berjalan menuju ke sana. Walau pun jauh tetapi mereka bersemangat demi menyahut cabaran 1Murid 1Sukan yang diinginkan oleh kementerian.  

Murid bersedia untuk memanaskan badan
 Murid-murid terlebih dahulu melakukan aktiviti regangan sebelum memulakan acara pada petang itu. Aktiviti regangan amat penting sebelum melakukan sebarang aktiviti atau permainan.
Murid melakukan aktiviti regangan dengan penuh bersemangat

Murid-murid melakukan aktiviti memanaskan badan yang diketuai oleh guru. Murid-murid melakukan aktiviti tersebut dengan penuh semangat. Walau pun cuaca agak panas pada petang tersebut namun tidak melemahkan murid melakukan aktiviti regangan.


Aktiviti regangan dilakukan dengan penuh bersemangat dan seronok

Semua murid tidak kira murid lelaki dan perempuan melakukan aktiviti memanaskan badan ini. Mereka amat seronok dan gembira kerana dapat melakukan aktiviti senaman yang berfaedah dan dapat menyihatkan badan.


Murid-murid bersedia untuk melakukan larian 100m

Acara pertama pada hari tersebut ialah larian 100m. Murid-murid dibahagikan kepada dua kategori iaitu Kelas 3 dan Kelas 4. Kelas 3 terdiri daripada murid-murid tahun 3 dan 4. Manakala Kelas 4 untuk murid-murid tahun 5 dan 6. Setiap Kelas mempunyai masa atau had kelayakan tertentu. Semua murid yang melepasi masa atau had kelayakan dapat menyumbangankan mata kepada rumah sukan masing-masing. 



Murid-murid melakukan larian dengan penuh bersemangat untuk mendapatkan
mata bagi rumah sukan masing-masing.

Setiap murid yang mengambil bahagian berusaha bersungguh-sungguh untuk mengumpul mata kepada rumah sukan masing-masing dengan berlari melepasi had/masa kelayakan.

Murid-murid bersedia untuk melakukan larian 200m

Setelah selesai acara larian 100m, murid bersedia pula untuk berlari dalam acara 200m. Seperti biasa murid-murid memang bersemangat dengan berlari berasungguh-sungguh untuk melepasi masa/had kelayakan. Setelah selesai acara sukantara ini, rumah sukan yang mendapat mata yang tertinggi ialah Rumah Merah.
Tahniah ! Semoga pada tahun 2012 akan berjaya lagi.

Jumaat, 1 Julai 2011

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH

http://www.docstoc.com/docs/53368524/KSSR-Kurikulum-Standard-Sekolah-Rendah

KSSR perkara yang perlu diketahui oleh semua guru. Tidak semestinya hanya guru Tahap 1 sahaja yang perlu mengetahuinya. Namun setiap insan yang bergelar guru perlu mengetahui dan mendalami apa itu KSSR. Semua guru perlu mengetahui agar apabila di tanya soalan tentang KSSR dapat menjawabnya dengan yakin. KSSR yang bermula dengan murid Tahun 1 pada tahun ini. Manakala untuk murid tahun 2 pula akan diajar pada tahun hadapan.

Selasa, 21 Jun 2011

LINUS TAHUN 2

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA  

LITERASI DAN NUMERASI

1.0 PENGENALAN
Satu daripada National Key Result Area (NKRA) Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ialah semua murid berkeupayaan untuk menguasai asas Literasi dan Numerasi kecuali murid berkeperluan khas selepas tiga tahun mengikuti pendidikan rendah pada akhir tahun 2012. Pernyataan NKRA tersebut menuntut diadakan satu mekanisme untuk menentukan sama ada NKRA itu dapat dicapai atau tidak. Mekanisme ini juga dapat dijadikan asas untuk mengenal pasti murid yang tidak melepasi standard prestasi Literasi dan Numerasi, supaya diagnosis dapat dijalankan tentang konstruk yang tidak dikuasai, mengapa tidak dikuasai dan bagaimana pemulihan dapat dilaksanakan supaya pada akhirnya semua murid berupaya untuk menguasai asas Literasi dan Numerasi selepas tiga tahun mengikut pendidikan rendah. Lembaga Peperiksaan (LP) telah dipertanggungjawabkan untuk menghasilkan Instrumen Saringan. Tujuan penghasilan instrumen ini adalah untuk mengesan dan mengenal pasti murid yang tidak menguasai asas Literasi dan Numerasi sepanjang tiga tahun mengikuti pendidikan rendah di Malaysia. Instrumen Saringan Literasi dan Numerasi (Literacy dan Numeracy Screening atau LINUS) direka bentuk berdasarkan 12 konstruk asas Literasi dan Numerasi sejajar dengan defenisi yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Semua instrumen saringan mengukur konstruk yang sama. Item bagi setiap instrumen dibina berdasarkan kedalaman kandungan.

2.0 DEFENISI LITERASI
Keupayaan untuk membaca, menulis dan memahami perkataan dan ayat serta mengaplikasikan pengetahuan tersebut dalam pembelajaran dan komunikasi harian.

2.1 12 KONSTRUK YANG DIUKUR DALAM SARINGAN LITERASI
Konstruk 1 : Keupayaan membaca dan menulis huruf vokal dan konsonan.
Konstruk 2 : Keupayaan membaca dan menulis suku kata terbuka.
Konstruk 3 : Keupayaan membaca dan menulis perkataan suku kata terbuka.
Konstruk 4 : Keupayaan membaca dan menulis suku kata tertutup.
Konstruk 5 : Keupayaan membaca dan menulis perkataan suku kata tertutup.
Konstruk 6 : Keupayaan membaca dan menulis perkataan yang mengandungi suku kata tertutup
                       ‘ng’.
Konstruk 7 : Keupayaan membaca dan menulis perkataan yang mengandungi diftong.
Konstruk 8 : Keupayaan membaca dan menulis perkataan yang mengandungi vokal berganding
                      bergabung.
Konstruk 9 : Keupayaan menulis perkataan yang mengandungi digraf dan konsonan
Konstruk 10 : Keupayaan membaca dan menulis perkataan yang berimbuhan awalan dan 
                         akhiran.
Konstruk 11 : Keupayaan membaca dan menulis ayat mudah. Konstruk 12 : Keupayaan
                        membaca, memahami dan menulis ayat berdasarkan bahan rangsangan.

Ahad, 19 Jun 2011

Uji Minda Bahasa Melayu

Selamat Mencuba.
Permainan Uji Minda ini amat sesuai untuk semua orang, tidak hanya tertumpu kepada murid sekolah sahaja. Semua orang boleh menguji minda dengan melayari laman web yang disertakan ini. Kepada sesiapa yang ingin cuba menguji minda masing-masing hanya perlu klik URL di bawah ini.
http://www.tutor.com.my/tutor/special/games/hangarooXP/interaktif.asp?e=&s=&b=&m=&t=&r=&i=&sp=games&si=hangarooxp/hangarooXP.html

Pelbagai aspek dan kategori yang akan ditanya dalam permainan ini. Pemain perlu menaip huruf untuk melengkapkan satu-satu permainan. Jika melakukan kesalahan, pemain hanya diberi tiga kali cubaan sahaja. Jika salah permainan berakhir dan boleh mula semula dengan permainan yang menguji topik lain pula.
Semoga Seronok dan Berjaya........

Sabtu, 18 Jun 2011

Santapan Rohani

Ceramah Agama
Ceramah Agama yang disampaikan oleh seorang ustaz yang memang terkenal dan sangat diminati pada masa ini. Kepada sesiapa yang belum pernah mendengar ceramah agama yang disampaikan oleh Ustaz Kazim Elias disarankan agar cuba klik URL ini. Mudah-mudahan apabila mendengarnya tertarik dan ingin mendengar lagi ceramah yang beliau sampaikan. Banyak nasihat yang beliau berikan amat berguna dan berfaedah kepada semua orang.

Selasa, 7 Jun 2011

Memori (Bahasa Melayu)

Sejauhmana daya ingatan anda? Jika anda mahu mengetahui tahap daya ingatan anda, cubalah permainan ini. Pilih dua kata yang mempunyai persamaan (sinonim).
Aktiviti ini dapat menguji tahap pengetahuan terhadap sesuatu makna perkataan, dengan kata lain dapat mengingati erti lain bagi perkataan yang diberikan.
Kalau berani cubalah klik di URL......

Mari Mencongak (Matematik)

 Menguji kemahiran murid mengira dengan cepat dan tepat.
Aktiviti ini amat sesuai untuk mata pelajaran Matematik.
Memerlukan kemahiran mengiran yang tinggi disamping dapat meningkatkan tahap penguasaan fakta asas Matematik terutamanya sifir darab.

Permainan Teka Silang Kata Dalam Pengajaran Bahasa Melayu

Permainan ini akan menguji keupayaan Bahasa Melayu murid-murid.
Permainan yang memerlukan murid berfikir dengan lebih untuk menyelesaikan sesuatu teka silang kata.
Permainan yang dapat meningkatkan penguasaan kosa kata.

Kaedah untuk membuat filter dalam gmail anda
Untuk membezakan kursus-kursus yang berlainan dalam gmail anda adalah sangat mudah. Anda hanya perlu membuat ‘filter’ dalam gmail anda dan menggunakan label yang mudah untuk anda kenal pasti.  Sila ikut kaedah di bawah untuk membuat filter dalam gmail anda.

Di bawah adalah satu contoh email yang saya terima untuk kursus KPD3016-Penang.  Saya gunakan email ini untuk membuat filter bagi kursus ini. Untuk kursus-kursus yang lain kaedahnya adalah sama. Untuk memulakan create filter  sila klik pada show details seperti di bawah.
Inilah hasilnya apabila anda klik ‘Show Details’. Klik pula kepada ‘Filter messages from this mailing lists’ yang ditunjukkan oleh anak panah merah di bawah.
Page di bawah akan muncul dalam email anda. Pastikan dalam ruang ‘Has the words:’ terdapat perkataan list: <kpd3016penang.googlegroups.com>. Sekiranya anda membuat filter ini untuk kursus yang lain, alamat  googlegroups tersebut seharusnya ada di situ. Klik ‘next step’. 
Setelah anda klik ‘next step’ akan muncul page di bawah. Tick pada kotak di ‘Skip the Inbox (Archive it)’ dan ‘Apply the label: New Label’.
Page di bawah pula akan muncul. Namakan label anda mengikut kursus yang sedang dibuat filter. Sekiranya untuk kursus KPD3016, labelkan KPD3016 supaya mudah untuk anda kenalpasti. Kemudian klik ‘OK’.
Page di bawah akan muncul. Tick juga kepada “Also apply filter to ___ converstions below.” Then klik  “Create Filter” seperti arrow merah di bawah.
Page di bawah akan muncul, dan akan tertera  Your filter was created” . Filter baru anda tersebut akan muncul di sebelah kiri email anda seperti yang ditunjukkan oleh arrow merah.  Sila buat 4 filter untuk keempat-empat kursus anda melalui kaedah yang dinyatakan di atas. Buka satu email setiap kursus berkenaan untuk membuat filter seperti dinyatakan.
Selamat Mencuba.....
LANGKAH-LANGKAH Membina Blog
Terdapat beberapa langkah yang perlu diikuti untuk membina blog sendiri.
Perkara pertama dan penting sekali anda mesti ada emel sendiri kalau boleh guna emel gmail lagi elok.
Kalau dah ada emel anda perlu ikut langkah-langkah berikut untuk membina blog.

Langkah 1
Taip http://www.blogspot.com/ atau http://www.blogger.com/ di kotak alamat pelayar web anda untuk melayari laman utama Blogger.
Langkah 2
Masukkan alamat emel anda serta 'password' dan  tekan 'sign in' untuk log masuk ke 'dashboard' peribadi anda.

Langkah 3
Terus klik pada butang Daftar Diri untuk Blogger' seperti yang telah dipaparkan.                Pilih nama yang sesuai untuk laman blog anda dan masukkan ke dalam ruang 'papar nama' seperti yang tertera. Pilih juga alamat laman blog anda dengan sesuai. Notis bahawa alamat blog adalah terhad jadi pilihlah alamat dengan sebaiknya. Klik butang 'teruskan'.

Langkah 4
Klik pada ‘create your blog now’ untuk teruskan

Langkah 5
Pilih nama yang sesuai untuk dibuat blog address(URL). Klik teruskan.

Langkah 6
Anda akan diberi pilihan bagi memilih templet permulaan untuk laman blog anda. Notis bahawa ini boleh di ubah di 'design' kelak jadi anda tidak perlu memilihnya dengan teliti.

Langkah 7
Proses membuat blog anda telah selesai. Anda boleh memulakan blog anda.


Selamat mencuba....

Rencana & Artikel Pilihan

Saya berharap saudara dan saudari dapat berkongsi maklumat yang diberikan.Perkongsian ilmu ini mudah-mudahan mendapat keberkatan Illahi SWT.