SUKANTARA 2011
Acara Balapan
Padang Awam Sungai Kechil Ilir
SK Sungai Kechil Ilir, Bandar Baharu Kedah telah mengadakan Sukantara 2011 pada petang Ahad, 26 Jun 2011. Acara tersebut dijalankan di Padang Awam Sungai Kechil Ilir. Murid-murid dan guru-guru perlu berjalan bersama-sama ke Padang Awam sejauh 1 km. Mereka perlu berkumpul terlebih dahulu di sekolah sebelum berjalan menuju ke sana. Walau pun jauh tetapi mereka bersemangat demi menyahut cabaran 1Murid 1Sukan yang diinginkan oleh kementerian.
Murid bersedia untuk memanaskan badan |
Murid-murid terlebih dahulu melakukan aktiviti regangan sebelum memulakan acara pada petang itu. Aktiviti regangan amat penting sebelum melakukan sebarang aktiviti atau permainan.
Murid-murid melakukan larian dengan penuh bersemangat untuk mendapatkan mata bagi rumah sukan masing-masing. |
Setiap murid yang mengambil bahagian berusaha bersungguh-sungguh untuk mengumpul mata kepada rumah sukan masing-masing dengan berlari melepasi had/masa kelayakan.
Murid-murid bersedia untuk melakukan larian 200m
Setelah selesai acara larian 100m, murid bersedia pula untuk berlari dalam acara 200m. Seperti biasa murid-murid memang bersemangat dengan berlari berasungguh-sungguh untuk melepasi masa/had kelayakan. Setelah selesai acara sukantara ini, rumah sukan yang mendapat mata yang tertinggi ialah Rumah Merah.
Tahniah ! Semoga pada tahun 2012 akan berjaya lagi.
semangat betul murid-murid sekolah cikgu nak bersukan
BalasPadamsalam..bkn kata budak2 je smngt...cikgu pn lebih lagi..tkde acara guru ke
BalasPadambagusnya penyampaian gambar cikgu. Anak murid kita seronok kalau dapat bersukan di padang~
BalasPadamsemangat kesukanan tu...yang penting.
BalasPadam1 Malaysia
BalasPadambersemangat sungguh murid2 cgu... tingat masa zaman dok sekolah dulu...
BalasPadambila dh ada semangat bru bersungguh dlm segala hal...knn
BalasPadamBanyak gambar menarik dan maklumat sepanjang aktiviti yang berjaya cikgu paparkan. Tahniah...
BalasPadamMajulah sukan untuk semua...teruskan aktiviti yg lebih menarik...sekolah ni tak jauh dari tmpt kelahiran saya (sg.acheh, nibong tebal)....
BalasPadamYg paling penting penglibatan senua guru, barulah aktiviti lebih menarik....
BalasPadamBukan kerana kemudahan yg tak cukup, tapi semangat kesatuan untuk mengadakan sesuatu dengan bersungguh-sungguh akan menghasilkan kepuasan dan kejayaan.
BalasPadamhehehe..meriah sungguh sahabat..teringat masa kat sekolah dulu...
BalasPadamSenyum dan bersemangat .Hebat sungguh.
BalasPadambersemangat sungguh para pelajar.mereka dah tidak sabar menjalankan aktiviti.
BalasPadamsemangat kesukanan yang hebat. tahun depan diharap lebih hebat lagi.
BalasPadam