Selasa, 7 Jun 2011

Kaedah untuk membuat filter dalam gmail anda
Untuk membezakan kursus-kursus yang berlainan dalam gmail anda adalah sangat mudah. Anda hanya perlu membuat ‘filter’ dalam gmail anda dan menggunakan label yang mudah untuk anda kenal pasti.  Sila ikut kaedah di bawah untuk membuat filter dalam gmail anda.

Di bawah adalah satu contoh email yang saya terima untuk kursus KPD3016-Penang.  Saya gunakan email ini untuk membuat filter bagi kursus ini. Untuk kursus-kursus yang lain kaedahnya adalah sama. Untuk memulakan create filter  sila klik pada show details seperti di bawah.
Inilah hasilnya apabila anda klik ‘Show Details’. Klik pula kepada ‘Filter messages from this mailing lists’ yang ditunjukkan oleh anak panah merah di bawah.
Page di bawah akan muncul dalam email anda. Pastikan dalam ruang ‘Has the words:’ terdapat perkataan list: <kpd3016penang.googlegroups.com>. Sekiranya anda membuat filter ini untuk kursus yang lain, alamat  googlegroups tersebut seharusnya ada di situ. Klik ‘next step’. 
Setelah anda klik ‘next step’ akan muncul page di bawah. Tick pada kotak di ‘Skip the Inbox (Archive it)’ dan ‘Apply the label: New Label’.
Page di bawah pula akan muncul. Namakan label anda mengikut kursus yang sedang dibuat filter. Sekiranya untuk kursus KPD3016, labelkan KPD3016 supaya mudah untuk anda kenalpasti. Kemudian klik ‘OK’.
Page di bawah akan muncul. Tick juga kepada “Also apply filter to ___ converstions below.” Then klik  “Create Filter” seperti arrow merah di bawah.
Page di bawah akan muncul, dan akan tertera  Your filter was created” . Filter baru anda tersebut akan muncul di sebelah kiri email anda seperti yang ditunjukkan oleh arrow merah.  Sila buat 4 filter untuk keempat-empat kursus anda melalui kaedah yang dinyatakan di atas. Buka satu email setiap kursus berkenaan untuk membuat filter seperti dinyatakan.
Selamat Mencuba.....

1 ulasan: