Selasa, 7 Jun 2011

LANGKAH-LANGKAH Membina Blog
Terdapat beberapa langkah yang perlu diikuti untuk membina blog sendiri.
Perkara pertama dan penting sekali anda mesti ada emel sendiri kalau boleh guna emel gmail lagi elok.
Kalau dah ada emel anda perlu ikut langkah-langkah berikut untuk membina blog.

Langkah 1
Taip http://www.blogspot.com/ atau http://www.blogger.com/ di kotak alamat pelayar web anda untuk melayari laman utama Blogger.
Langkah 2
Masukkan alamat emel anda serta 'password' dan  tekan 'sign in' untuk log masuk ke 'dashboard' peribadi anda.

Langkah 3
Terus klik pada butang Daftar Diri untuk Blogger' seperti yang telah dipaparkan.                Pilih nama yang sesuai untuk laman blog anda dan masukkan ke dalam ruang 'papar nama' seperti yang tertera. Pilih juga alamat laman blog anda dengan sesuai. Notis bahawa alamat blog adalah terhad jadi pilihlah alamat dengan sebaiknya. Klik butang 'teruskan'.

Langkah 4
Klik pada ‘create your blog now’ untuk teruskan

Langkah 5
Pilih nama yang sesuai untuk dibuat blog address(URL). Klik teruskan.

Langkah 6
Anda akan diberi pilihan bagi memilih templet permulaan untuk laman blog anda. Notis bahawa ini boleh di ubah di 'design' kelak jadi anda tidak perlu memilihnya dengan teliti.

Langkah 7
Proses membuat blog anda telah selesai. Anda boleh memulakan blog anda.


Selamat mencuba....

2 ulasan: