Selasa, 21 Jun 2011

LINUS TAHUN 2

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA  

LITERASI DAN NUMERASI

1.0 PENGENALAN
Satu daripada National Key Result Area (NKRA) Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ialah semua murid berkeupayaan untuk menguasai asas Literasi dan Numerasi kecuali murid berkeperluan khas selepas tiga tahun mengikuti pendidikan rendah pada akhir tahun 2012. Pernyataan NKRA tersebut menuntut diadakan satu mekanisme untuk menentukan sama ada NKRA itu dapat dicapai atau tidak. Mekanisme ini juga dapat dijadikan asas untuk mengenal pasti murid yang tidak melepasi standard prestasi Literasi dan Numerasi, supaya diagnosis dapat dijalankan tentang konstruk yang tidak dikuasai, mengapa tidak dikuasai dan bagaimana pemulihan dapat dilaksanakan supaya pada akhirnya semua murid berupaya untuk menguasai asas Literasi dan Numerasi selepas tiga tahun mengikut pendidikan rendah. Lembaga Peperiksaan (LP) telah dipertanggungjawabkan untuk menghasilkan Instrumen Saringan. Tujuan penghasilan instrumen ini adalah untuk mengesan dan mengenal pasti murid yang tidak menguasai asas Literasi dan Numerasi sepanjang tiga tahun mengikuti pendidikan rendah di Malaysia. Instrumen Saringan Literasi dan Numerasi (Literacy dan Numeracy Screening atau LINUS) direka bentuk berdasarkan 12 konstruk asas Literasi dan Numerasi sejajar dengan defenisi yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Semua instrumen saringan mengukur konstruk yang sama. Item bagi setiap instrumen dibina berdasarkan kedalaman kandungan.

2.0 DEFENISI LITERASI
Keupayaan untuk membaca, menulis dan memahami perkataan dan ayat serta mengaplikasikan pengetahuan tersebut dalam pembelajaran dan komunikasi harian.

2.1 12 KONSTRUK YANG DIUKUR DALAM SARINGAN LITERASI
Konstruk 1 : Keupayaan membaca dan menulis huruf vokal dan konsonan.
Konstruk 2 : Keupayaan membaca dan menulis suku kata terbuka.
Konstruk 3 : Keupayaan membaca dan menulis perkataan suku kata terbuka.
Konstruk 4 : Keupayaan membaca dan menulis suku kata tertutup.
Konstruk 5 : Keupayaan membaca dan menulis perkataan suku kata tertutup.
Konstruk 6 : Keupayaan membaca dan menulis perkataan yang mengandungi suku kata tertutup
                       ‘ng’.
Konstruk 7 : Keupayaan membaca dan menulis perkataan yang mengandungi diftong.
Konstruk 8 : Keupayaan membaca dan menulis perkataan yang mengandungi vokal berganding
                      bergabung.
Konstruk 9 : Keupayaan menulis perkataan yang mengandungi digraf dan konsonan
Konstruk 10 : Keupayaan membaca dan menulis perkataan yang berimbuhan awalan dan 
                         akhiran.
Konstruk 11 : Keupayaan membaca dan menulis ayat mudah. Konstruk 12 : Keupayaan
                        membaca, memahami dan menulis ayat berdasarkan bahan rangsangan.

6 ulasan:

  1. tahniah kerana menjadi guru LINUS yg berjaya..

    BalasPadam
  2. Semoga usaha murni kita untuk mendidik murid-murid LINUS akan diberkati.. yg penting byk bersabar dan hasilnya pasti membanggakan kita...

    BalasPadam
  3. tahniah kepada cikgu LINUS ni sebab disinilah banyak dugaan dan banyak kesabaran yang perlu ada..

    BalasPadam